Sunday, February 14, 2010

Kenali Arrora Salwa

Assalammualaikum...
Salam kenal dari saya Arrora Salwa Binti Md Razak.
* Arrora atau lebih dikenali dengan pangilan wawa atau ewa(di kalangan rakan-rakan) adalah seorang wanita yang periang, mudah berkawan, mesra,nakal, tetapi mempunyai pendirian yang tegas.
* Arrora seorang Anggota Polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Sebuah Balai Polis Daerah Di Selangor. Walaupun Arrora seorang Anggota polis, yang sememangnya waktu kerjanya tidak menentu, tetapi Arrora tetap akan membahagikan masa diantara kerjaya hakiki dan kerjaya yang menjadi minat dan darah daging sejak azali lagi.
* Bidang Nyanyian merupakan suatu yang Arrora minati sejak dari kecil lagi. Arrora sudah mula menyanyi sejak beliau di sekolah rendah. Bukan sekadar Menyanyi, Arrora juga kerap mengambil bahagian dalam Teater, Tilawah Al-Quran, Sukan, Badan berunifor (Kadet Polis) dan sebagainya.
* Pada Tahun 2002 Arrora menamatkan zaman persekolahanya di tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Johor. Setelah tamat persekolahanya, Arrora tidak hanya tinggal dirumah, Arrora mula mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaanya sendiri. Arrora mula bekerja di sebuah kilang di Daerah Kota Tinggi, Sebagai Out Going Qualiti Control.
* Selama setahun Arrora bekerja dan pada akhir tahun 2004 iaitu pada 01/12/2004, Arrora menjalani latihan Asas Kepolisian di Pusat Latihan Polis Air Hitam (PULAPAH) selama 6 bulan. Di PULAPAH, Arrora dididik dengan mengamalkan disiplin yang tinggi, ketepatan masa, dan tidak mudah patah semangat untuk mencapai sesuatu yang diingini. Selama 6 bulan itulah, Arrora dilatih berkawad, Menembak, mengunakan dan mengetahui fungsi-fungsi senjatapi, dan seni mempertahankan diri. Stamina juga dilatih agar tidak mudah penat. Dalam Kerjaya Polis, Arrora mula menyanyi bersama Dand polis, apabila Bakat Arrora di kesan ketika Arrora mengikuti ujibakat untuk menjadi Penyanyi Band Muzium Polis yang di adakan di PULAPAH. Tuan Haji Halal, yang ketika itu ada Kurator Muzium Polis Diraja Malaysia, yang terletak di jln Perdana, Kuala Lumpur yang menerima Arrora menganggotai band tersebut.
* Setelah 6 bulan menjalani Latihan Asas Kepolisian, Arrora dihantar bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia Sebagai Penyanyi band "D'muse" dan juga bertugas di cawangan Kajian. Sepanjang bersama Band D'muse, Arrora merasa sangat bertuah kerana diberi pengalaman yang amat besar kepada Arrora. Walaupun Arrora tiada pengalaman menyanyi di majlis-majlis besar, tapi Arrora tetap akan cuba melakukan yang terbaik. Show pertama Arrora bersama Band D'muse adalah, Konsert mesra rakyat yang di adakan di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Selain itu Arrora juga terlibat dengan Show Malam Mess untuk pegawai kanan polis dan banyak lagi.
* Setelah setahun lebih Arrora bertugas di Muzium Polis, Arrora di panggil ke Bukit Aman dan bertugas dicawangan Urusetia KPN ASEANAPOL. Dimana waktu itu terdapat satu Persidangan Polis-Polis ASEAN yang diadakan di PALACE OF THE GOLDEN HORSES. Setelah beberapa bulan bertugas Sebagai Urusetia KPN ASEANAPOL, Arrora di pangil balik ke Muzium Polis. Arrora Mula Memohon untuk bertukar ke farmasi luar seperti di balai-balai polis kerana Arrora ingin tahu kerja hakiki sebagai anggota polis. Contoh, berada di pejabat pertanyaan, operasi dan lain-lain.
* Setelah permohonan di buat, pada tahun 2007, barulah ianya diluluskan. Arrora di tugasakan di Sebuah Balai Polis Di sebuah Daerah Di Selangor. Di Daerah tersebut, bakatnya di lihat oleh Timbalan Ketua Polis Daerah tempat Arrora bekerja. Kemudian Arrora Di serapkan untuk menganggotai Bank Muzik Balai Polis Daerah tersebut. Kali pertama Arrora menganggotai band tersebut, Arrora dikehendaki memasuki satu pertandingan kugiran terbuka, dan alhamdulillah rezeki berpihak pada Arrora dan Arrora mendapat "Vocal Terbaik".
* Bukan hanya sekadar menyanyi, Bakat Arrora dalam Tilawah Al-Quran juga di kesan Oleh Timb.Ketua Polis Daerah tersebut dan Arrora mewakili Daerah untuk pertandingan Tilawah Al-Quran bagi Kontinjen Selangor dan mendapat tempat ke-3. Selain itu juga, Arrora juga aktif dalam sukan. Arrora mewakili daerah bagi koninjen selangor bagi Olahraga acara Baton, lari pecut 100 meter dan lain-lain.
* Arrora juga menganggotai sebuah band yang mana pemuzik dan juga Arrora (penyanyi band) di didik oleh seorang komposer terkenal tanah air yang dikenali sebagai S.Atan. S.Atan banyak mengajar Arrora menyanyi dan beliau seorang yang sangat pemurah mencurahkan ilmu. Show pertama bersama S.Atan, Majlis Gerak Usahawa, yang diadakan Di sepang, dan di ikuti dengan majlis-majlis besar yang lain yang diadakan di hotel-hotel.
* Kemudian Arrora mengenali Usop Koperatasa. Arrora memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat hati untuk bergelar penyanyi. Usop Kopratasa adalah orang pertama yang membawa Arrora ke studio rakaman yang terletak di sungai buloh. Lagu pertama Arrora nyanyikan Adalah "Takdir Cinta". Lagu tersebut adalah lagu milik rossa. Arrora nyanyikan semula lagu ini adalah untuk menguji kemampuan vokal dan melihan bagaimana penarimaan masyarakan terhadap vokal Arrora. Alham dulillah semuanya memberi pendangan yang positif.
* Tidak lama kemudian, Arrora berkenalan dengan Lann A to Z, dan beliau memberi peluang kepada Arrora untuk melahirkan sebuah single album. Lann A To Z membawa Arrora ke Sebuah Studio rakaman "Sinple Rock Studio" yang terletak Di Damansara Damai berjumpa dengan Najib Ali. Najib terus saja memberi sebuah lagu yang bertaju titik pertemuan kepada Arrora.
* Setelah beberapa bulan merakankan lagu tersebut, akhirnya single Album arrora "Titik Pertemuan" telah pun siap dan hanya menungu masa untuk di lancarkan". Arrora berhasrat untuk menarik minat Anak-anak muza pada zahan ini yang mana kita dapat lihat, terlalu banyak gejala-gejala negatif yang berlaku. Bagi mereka yang mempunyai kelulusan sekadar PMR mereka masih berpeluang untuk menganggotai Polis Bantuan dan Pasukan Sukarelawan Polis (bagi yang berminat). Kepada yang berkelulusan, boleh memohon untuk regular polis. Jika hasrat Arrora berjaya, sudah tentu gejala negatif dikalangan anak-anak muda kita dapat ki kawal dan berkurangan. Disini Arrora ingin membuktikan bahawa, sebagai Anggota Polis, kita bukan saja berkemahiran untuk mengawal dan menangani kes-kes yang berbahaya dan rumit, kita juga boleh lakukan suatu yang luar jangkaan masyarakan (sesuatu yang positif). dengan ini saya berharap kepada anak-anak muda, MARI KITA SAMA-SAMA MENANGGOTAI PASUKAN POLIS DAN BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH YANG BERLAKU DINEGARA KITA.
KEPADA SEMUA PEMINAT ARRORA SALWA, ARRORA HARAP AGAR SEMUA PEMINAT TIDAK PUTUS-PUTUS MENDOAKAN AGAR ARRORA TERUS KUAT DALAM MENGHARUNGI SEGALA DUGAAN YANG MENDATANG, DI PERMUDAHKAN REZEKI, DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK. JANGAN LUPA TERUS MENYOKONG ARRORA. JIKA TERDAPAT APA-APA CERITA YANG NEGATIF, SEMUA PEMINAT BOLEH TERUS SAJA BERTANYA KEPADA ARRORA DENGAN MELAYARI FACEBOOK ARRORA DI ALAMAT Arroralaisya@gmail.com.
Salam sayang Arrora Salwa.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. mn plak datang nye arrora tu..?
    tk glamer ke nm salwa jek..? :P

    ReplyDelete